Sejarah Winaamp Music Player

Posted: February 24, 2010 in Techno

1. versi paling pertama
Winamp 0.020a, memainkan fail dan memaparkan sebuah menu tunggal

WinAMP 0.20a yang minimalis ini dihasilkan sebagai perisian percuma pada 21 April 1997.[3] Antaramukanya yang hanya memaparkan menubar tanpa tetingkap hanya memaparkan kekunci fungsi “play(open)”, “stop”, “pause”, dan “unpause”. Sesebuah fail yang ditetapkan dalam baris arahan atau diletakkan pada ikonnya akan dimainkan. Penyahkodan MP3 dilakukan oleh enjin penyahkodan AMP® yang “percuma untuk kegunaan bukan komersil”[4], ©1996-97 oleh Tomislav Uzelac, yang ketika itu merupakan penuntut di FER, Universiti Zagreb, Croatia. Singkatan “AMP” merujuk kepada “Advanced Multimedia Products” (Produk Multimedia Canggih). Justin Frankel dan Dmitry Boldyrev menyepadukan enjin ini dengan antaramuka pengguna mereka.

2. 2nd generation
WinAMP 0.92 dikeluarkan sebagai perisian percuma pada bulan Mei 1997. Dalam lingkungan bingkai dan bar menu piawaian Windows, perisian ini menampilkan permulaan GUI Winamp “klasik”: segiempat bujur berwarna kelabu gelap dengan butang pengangkut berwarna perak dengan kesan 3D, pelaras bunyi merah/hijau, paparan masa dalam fon LED hijau, beserta nama runut, kadar bit MP3 dan “mixrate” berwarna hijau. Tidak terdapat pelaras kedudukan, dan ruangan kosong di mana munculnya penganalisis spektrum dan penganalisis bentuk gelombang pada versi kemudian. Apabila lebih daripada sebuah fail dimasukkan dalam baris arahan atau diletakkan pada ikonnya, fail-fail tersebut diaturkan untuk menunggu giliran dalam senarai mainan.
readbud - get paid to read and rate articles

3. WinAMP 0.92
WinAMP 0.92 dikeluarkan sebagai perisian percuma pada bulan Mei 1997. Dalam lingkungan bingkai dan bar menu piawaian Windows, perisian ini menampilkan permulaan GUI Winamp “klasik”: segiempat bujur berwarna kelabu gelap dengan butang pengangkut berwarna perak dengan kesan 3D, pelaras bunyi merah/hijau, paparan masa dalam fon LED hijau, beserta nama runut, kadar bit MP3 dan “mixrate” berwarna hijau. Tidak terdapat pelaras kedudukan, dan ruangan kosong di mana munculnya penganalisis spektrum dan penganalisis bentuk gelombang pada versi kemudian. Apabila lebih daripada sebuah fail dimasukkan dalam baris arahan atau diletakkan pada ikonnya, fail-fail tersebut diaturkan untuk menunggu giliran dalam senarai mainan.

4. Versi 1.006

Versi 1.006 dikeluarkan pada 7 Jun 1997[5] dnegan nama baru “Winamp”(dieja dengan huruf kecil). Winamp ini menampilkan penganalisis spektrum dan pelaras bunyi berubah warna, tetapi tiada paparan bentuk gelombang. Lesen bukan komersil AMP disertakan dalam menu bantuannya.

Menurut Tomislav Uzelac, Frankel melesenkan enjin AMP 0.7 pada 1 Jun 1997[6] Frankel merasmikan Nullsoft, Inc. pada bulan Januari 1998, lalu terus membangunkan Winamp yang beralih daripada perisian percuma kepada perisian kongsi berharga $10.[7] Pada bulan Mac, syarikat baru yang ditubuhkan Uzelac, PlayMedia Systems[1] menghantar notis arahan pemberhentian kepada Nullsoft yang didakwa menggunakan AMP dengan tidak sah. Nullsoft membalas bahawa pihaknya telah menggantikan AMP dengan Nitrane, penyahkod milik Nullsoft, namun ini diragui pihak Playmedia.

5. Versi 1.90
Versi 1.90 yang dikeluarkan pada 31 Mac 1998 merupakan keluaran pertama sebagai pemain audio kegunaan am, dan didokumentasikan dalam laman web winamp.com sebagai plugin sokongan, termasuk dua plugin input (MOD dan MP3) dan satu plugin visualisasi.[8] Pemasang bagi Versi 1.91 yang dikeluarkan 18 hari kemudian, memperkenalkan plugin wave, cdda, dan Windows tray handling , serta juga fail DEMO.MP3 yang terkenal kerana berbunyi “Winamp, it really whips the llama’s ass”.
[sunting] Winamp 2

6. Winamp 2.0

Winamp 2.0 dikeluarkan pada 8 September 1998. Versi-versi 2.x makin laris digunakan, menjadikan Winamp antara perisian yang paling banyak dimuat turun bagi Microsoft Windows.[10] Versi baru ini mempertingkatkan kebolehgunaan playlist dan ketepatan equalizer, serta memperkenalkan lebih banyak plug-in dan membolehkan ‘kulit’ bagi tetingkap playlist dan equalizer.

PlayMedia Systems memfailkan tuntutan mahkamah persekutuan terhadap Nullsoft pada bulan Mac 1999. Pada bulan Jun, Nullsoft dibeli oleh AOL dengan harga $80 million.[11] PlayMedia diberi satu injunksi terhadap Nullsoft sebagai pengedar Nitrane, dan pada bulan yang sama tuntutan mahkamah tersebut diselesaikan melalui perlesenan di luar mahkamah dan persetujuan sulit. Sejurus kemudian, Nullsoft beralih kepada sejenis penyahkod ISO daripada Fraunhofer Gesellschaft, iaitu pihak yang membangunkan format MP3.

Nullsoft melancarkan semula laman winamp.com yang khusus pada Winamp pada bulan Disember 1999 untuk memudahkan capaian kepada kulit, plug-in, strim audio, muat turun lagu, forum dan sumber pemaju.

7. Winamp3
Versi baru Winamp yang seterusnya, Winamp3 dieja sebegini untuk merangkumi mp3 dalam namanya serta menandakan pengasingannya daripada pangkalan kod Winamp 2), dikeluarkan pada 9 Ogos 2002. Winamp3 merupakan tulisan semula yang menyeluruh bagi versi 2, berdasarkan rangka aplikasi Wasabi yang menawarkan peningkatan dalam kefungsian dan kefleksibelan. Winamp3 dimajukan selari dengan Winamp 2, namun ramai pengguna mendapatinya telalu banyak mengguna sumber sistem dan kurang stabil (atau juga ketiadaan sesuatu kefungsian yang penting, seperti kebolehan mengira atau mencari jumlah tempoh runut-runut dalam sesuatu playlist). Winamp3 tidak menikmati keserasian ke belakang dengan kulit-kulit dan plug-in Winamp 2, dan juga plugin punca SHOUTcast tidak disokong. Tiada sebarang versi Winamp3 bagi SHOUTcast pernah dikeluarkan.

Akibatnya, kebanyakan pengguna Winamp3 beralih kembali ke Winamp 2. Nullsoft bertindak balas dengan menyambung pembangunan Winamp 2 sehingga versi 2.9 dan 2.91. Versi beta 2.92 dan 2.95 dikeluarkan besertakan sesuatu kefungsian Winamp 5. Pada masa itu rangka aplikasi bersilang platform Wasabi (perisian) dan perkakas pembolehubahan kulit GUI berpunca daripada bahagian-bahagian kod sumber Winamp3. Bagi Linux, Nullsoft mengeluarkan versi alpha Winamp3 pada 9 Oktober 2001 namun tidak pernah mengemaskinikannya meskipun minat para pengguna yang berterusan.

8. winamp 5
Cabang-cabang Winamp 2 dan Winamp3 kemudiannya digabungkan menjadi Winamp 5 — Nullsoft menjelaskan penamaan versi yang menyimpang dari penurutan ini bahawa “2 + 3 = 5” — iaitu menggabungkan kelebihan kedua-dua aplikasi. Para pembangun juga bergurau bahawa “tiada sesiapa pun yang hendak melihat kulit Winamp 4” (nobody wants to see a Winamp 4 skin; 4 skin merupakan mainan bagi perkataan foreskin (kulup)). Winamp 5 berdasarkan pangkalan kod Winamp 2, beserta beberapa ciri-ciri Winamp3 (e.g. kulit terbaru). Winamp 5.0 dikeluarkan pada bulan Disember 2003. Kebanyakan rangka Wasabi yang dibina untuk mereka Winamp3 dan komponen-komponennya dikeluarkan dalam bentuk sumber terbuka, dan pada tahun 2005 satu usaha pembangunan aktif telah berjaya mencipta versi berdikari bagi Wasabi, tanpa modul-modul pengubahan kulit dan penskripan yang tidak pernah dikeluarkan.

Terdapat tiga versi pempakejan Winamp 5. Lite dan Full merupakan perisian percuma, manakala Pro mewajibkan pendaftaran dan (mulai awal 2007) dijual pada harga US$19.95. Versi Lite amat kurang fungsinya (namun masih boleh ditambah melalui plugin) sementara masih mereplikasi kebanyakan ciri-ciri Winamp 2 dalam pemasang yang jauh lebh kecil. Versi Full menawarkan lebih banyak ciri-ciri, termasuk penyalinan fail dan perakaman CD pada kelajuan terhad (6x untuk penyalinan dan 2x bagi rakaman). Versi Pro pula bercirikan penyalinan muzik dan rakaman CD tanpa had laju serta pengekodan MP3.

9. Winamp 5.5

The 10th Anniversary Edition dikeluarkan pada 10 Oktober 2007,[12] 10 tahun selepas keluaran Winamp pertama. Ciri-ciri barunya termasuk sokongan kulit album, sokongan penyetempatan dipertingkat (termasuk versi bahasa Jerman, Poland, Rusia dan Perancis yang rasmi), dan kulit penggabung pemain dan antaramuka pustaka media.[13] Versi ini juga tidak boleh dipasang dalam sistem Windows 9x lagi.
[sunting] Konsep
[sunting] Kulit
“EVO” rekaan Alexandru Popa, kulit Winamp yang “klasik”
“Template Amp 1.1” rekaan Mischa Klement, templat yang direka untuk membantu pereka kulit Winamp

Kulit ini merujuk kepada satu ciri antaramuka pengguna grafik Winamp yang boleh diubahsuai wajahnya. Winamp telah menerbitkan dokumentasi mengenai rekaan kulit, serta menjemput para penyumbang untuk menerbit kulit di Winamp.com. Winamp 5.0 menyokong kulit-kulit “klasik” yang direka mengikut spesifikasi Winamp 2, serta juga kulit-kulit “moden” yang menurut spesifikasi Winamp3. Kulit-kulit moden menyokong saluran-saluran alpha, bar alat yang berlabuh, dan banyak lagi inovasi terhadap GUI, tetapi ramai pereka kulit masih komited kepada spesifikasi kulit “klasik”. Templat-templat kulit, seperti yang direka oleh Mischa Klement dan Jellby, telah memudahkan penghasilan kulit-kulit yang makin canggih. Komuniti-komuniti pereka kulit di Internet, seperti 1001 Winamp Skins dan deviantart, serta kegiatan forum di Winamp.com membuktikan kelarisan ciri ini dan kefleksibelannya sebagai pengantara bagi ekspresi kreatif. Sepertilah media-media kesenian yang lain, seiring dengan peningkatan bilangan karya-karya hasilan bebas, kulit-kulit ini juga terbahagi kepada kategori atau gaya genre, seperti mempromosi selebriti, peragawati fesyen, filem, kereta, kumpulan muzik, jenama, dan bentuk-bentuk hiburan lain. Para pereka juga menghasilkan rekaan sesuka hati mereka, seperti mengajuk antaramuka perisian lain, mencontohi nostalgia perkakas dan sistem pengendalian lama, seni lukis tangan, paparan 3 dimensi yang merangkumi rekabentuk kelutsinaran, minimalis dan kontras tinggi, serta pelaksanaan grafik vektor yang pintar. Saiz komuniti pemaju ini mencetuskan pemasukan sokongan kulit Winamp dalam perisian media digital lain seperti Windows Media Player dan XMMS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s